~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Thursday 29 March 2012

..BERCINTA, PERLU KE?..

assalamualaikum w.b.t semua.

i'm back to this abandoned blog. bukan xsudi mengupdate, cuma xberkesempatan.
okay,hari ni saya nak cakap pasal cinta.

sebabnya?
ramai saya tengok kawan2 saya yang bercinta. bercinta sebelum kawin. sakan pulak tu. makin lama, makin ramai yang bercinta.

terlebih dahulu,suka ingin saya highlightkan di sini bahawa saya bukanlah manusia sempurna nak menegur kesalahan awak2 semua. saya juga seperti nada. sebab tu saya menegur. kerana itu tanggungjawab saya utk mengubah diri saya sendiri dan awak2 semua :)

selalunya nilah semua rasa ketika bercinta. gembira, sedih, keliru,marah.~


KALAU DAH SUKA DAN SAYANG SGT KAN, WHY NOT KORANG CUBA NIKAH KHITBAH TU?

kan senang, bebas bercinta sesuka hati.

tengok ni, sweet gitu dating berdua2 an sambil tengok matahari terbenam :)


ha,baca ni sekali.
http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1164.html

1. "I muda lagilah,bercinta ni nak enjoy je."
enjoy ke buat dosa? sampai bila? =.= pikirlah sendiri

2. "memang I sayang dia, I xde masalah pon kalau nak kawin awal. cuma dia xnak kawin lagi. xberani pikul tanggungjawab katanya"
dah tu bercinta berani pulak? pegang2 tgn anak dara org, keluar2 makan, tengok2 wayang berani pulok?

3.  "kawin skg? oh no, dia nak bagi I makan apa nnti?"
dah tahu lelaki tu xmampu nak support hidup awak,yg awak berani dok memperjudikan cinta awok yg patut awok bagi kt suami awok je tu kenapa?

hah? kahwin?


4. "kteorg muda lagilah, belajar lagi. nti sape nak jaga anak I?"
pandai2 la korang.dah sape suh nak bercinta sgt kan. kn dlm islam kalo nak bercinta kena kawin dulu. lagipon, xde anak yg dilahirkan ke dunia ni tanpa rezeki yg Allah dah tetapkan utk dia, ingat tu :) susah ke tak susah hidup awok nnti,awok tanggung lah. mana ada org hidup kt dunia ni tanpa ada dugaan ke atasnya.

5.  "I taknak kawin lagi, I belum ready la, tapi I takut kehilangan dia"
hilang cinta Allah kpd kita tak takut pulok? yakinlah dgn janji Allah. nescaya kita akan reda dgn apa sahaja takdir Allah kepada kita :)

6. "ala,kteorg bercinta paling jahat pon juz pegang2 tgn sikit je, lain xde. betul, x tipu"


pernah x terfikir kalau jodoh awok bukan dgn dia, dan awok dah bagi dia pegang tgn awok. x rasa berdosa ke kat bakal suami awok? haish, tak takut ke kalau tgh pgg tgn tu tetiba malaikat maut dtg cabut nyawa? nauzubillah. takutnya.


7.  "eh, sukati I lahhh.tak payah bajet baik sgt lah. bukan confirm masuk syurga pon you sibuk je naktegur2 I"
ye,memang tapi at least saya punya kurang sebab utk masuk neraka. kan?

kalau ikut pendapat peribadi saya, bercinta di zaman belum kahwin ni xperlu pon. seriously. saya pon pernah bercinta. memang manis.yelah, buat dosa mane ade yg x best. bukak aurat pon best (bagi sesetengah org je). bangga lagi tayang lutut dia time main bola. yg perempuan pulak, kembang kempis hidung orang puji badan dia cantik. padahal dia xsedar, badan dia yg cantiklah sgt tu lah yg akan jadi bahan bakar kt neraka nnti.
x takut ke kita masuk neraka?

back to the topic, tetapkanlah iman dalam hati kita. gapailah hidayah yg Allah dah bagi kt semua org islam. kita je yg xsedar. bila hati dah reda, mati demi islam pon kita sanggup. apatah lagi takat xbercinta sebelum kawin ni. yakinlah dgn ketetapan Allah. jodoh tu ada. cuma belum masanya lagi. berdoalah kita dapat jodoh yang baik. semoga Allah makbulkan.

x mati pon xde boyfriend/ girlfriend. kalau dah betul2 sayang tu sampai rasa macam kita dah tak mampu hidup tanpa dia, kita boleh sebenarnya. kita mampu. saya dah buktikannya. saya juga begitu dahulu. tapi alhamdulillah,Allah masih menyayangi saya.

fade all your tears away. la tahzan (:

serius saya cakap saya xrasa bahagia pon bila tengok kawan2 tersenyum bahagia bila call pakwe / makwe.
kesian dan sedih lagi adalah. sampai bilalah dia nak buat dosa (u.u)

orang yang baru nak berjinak2 ke alam percintaan ni lagilah. my best advice is

JANGAN MENCUBA! U'LL REGRET IT.


ingat, YAKINLAH DGN KETENTUAN ALLAH. Allah dah tentukan segala2 nya utk kita dalam hidup ni. jgn jadi zalim dgn mengubahnya.
kita datang drp syurga, dan kita sedang dalam perjalanan utk kembali ke dalamnya.
semoga bersua lagi di lain entry
wallhualam :)

"..CANTIK IALAH BUNGA YANG TERTUTUP.."

Thursday 8 March 2012

.. CINTA HARUS MEMILIKI? ..

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.r.h.

"...adakah waktu tak berpihak
atau memang sudah jalannya
untuk kita terpisah selamanya.."

ya, tidak. cinta tidak harus memiliki. tapi memiliki mesti akan cinta. kerana cinta itu terlalu subjektif dan kebanyakan manusia di dunia tak tahu menghargai dan mengekalkan cinta.


cinta itu bersifat sementara, betulkah?

menurut kajian,ya. cinta akan bertahan selama 2,3 tahun sahaja. kemudian,perasaan itu akan makin pudar.

and, why am i suddenly bercakap pasal cinta?

frankly speaking, today 9th March 2012 ialah genap 9 bulan perpisahan kami.
dan setelah 9 bulan, saya tidak lagi menangisi dia yg tak patut ditangisi.

kerana tears gland ini tidak dicipta utk menangisi dia.
hati ini tak dicipta utk mencintai dia.
otak ini tidak dicipta utk memikirkan ttg dia.
jasad ini tidak dicipta utk menjadi hamba cinta manusia.


dulu masa mula2 start mmg indah. yelah, benda haram kan, mane ade yg tak indah. kalo semua benda haram tu xindah, xde la org jahat kt dunia ni. takde la perompak, takdela perogol,takdela mat rempit. am i right? he cared about me a lot, tapi dah lama2 mesti bosan kan. tiap2 hari tanya benda sama. dah makan etc are very common questions utk menunjukkan kecaringan terhadap pasangan.

HOW DO I FEEL AFTER THIS 9 MONTHS?


okay, first month rasa macam setahun. hidup tanpa org yg dicintai di sisi. <--menyampahnye baca.
tiap2 hari nak kena menangis.


Ya Allah,bodohnya aku mase tu. dia? maca biasela,merayu2 nak kembali. NAK DIBERI PELUANG KETIGA setelah aku di enam tujuh lapankan dgn perempuan2 lain. oh no la. awok igt sayo ni perempuan kayu ke? mentang2 la sayo ikut je ckp awok, xpernah membantah, awok igt awok boleh kuasai sayo la? oh mestilah tidak. nasib baik perasaan ego ni ada dlm diri. kalo x,mmg dah lama saya kembali kpd dia. utk ditipu lagi sampai ke tua. tapi jauh di sudut hati,mmg saya nak sgt kembali macam dulu. konon2nya nak menebus kesalahan2 lampau.

masa tu bukan xsedar dan xtahu yg cinta Allah tu lagi power, tapi dah tertutup dek indahnya cinta makhluk ni. dunia ni sungguh melalaikan. sape2 yg xpernah bercinta, my best advice is not to try this extremely sucks experience that you will regret it for the rest if your life. BERCINTA ITU TIDAK INDAH LANSUNG. <--bear this in your mind :)

second month up to fourth, xbanyak beza. cuma emosi dah makin stabil,tears gland maikn kurang beroperasi.

emotional imbalance

cuma bila ternampak dia bermesraan dgn perempuan lain, saaaaaakitnya hati. dahla dulu dia beria2 explain yg dia xde apa2 pon dgn perempuan tu. no fon perempuan tu pon dia xde. tpi xsampai setahun dia dah start ada apa-apa dgn si cantik dan muda tu.

fifth until now, alhamdulillah dah makin sgt3 better.


dah mula belajar menerima hakikat bahawa kami mmg tiada jodoh dan dah mula merelakan dia dgn hidup dia skg. cuma one thing yg diriku amat xpuas hati dgn dia ialah, dia ckp nk berubah jadi baik,xnak ada girlpren tapi sekali tu ada terstalk dia,rasa macam nak muntah hijau sebaldi tgok kemesraan dia dgn perempuan tu. tu baru satu, yg lain2 tu banyak lagi.

bukan jeles,tapi xpuas hati. kami dulu pon xpernah sampai wall-to-wall. open sgt la facebook tu. but skg still ada lagi few things yg xboleh dibuat dan didengar sbb benda2 tu secara otomatik akan mengingatkanku kpd dia.

so, conclusionnya jgnlah bercinta sebelum ada ikatan yg sah dgn si dia yg diminati tu. yg lelaki tu, pandai2 la buat baik dgn mak ayah gadis idaman anda tu. dah suka kan,kawin jela. kan zaman skg famous nikah khitbah tu. silakanlah :)

sebabnya, bercinta sebelum kawin ni ibarat menulis atas pasir di tepi pantai. bila ombak datang, habis hilang tulisan tadi tu. bila satu dugaan melanda, hilanglah perasaan cinta tu.


tapi, bercinta lepas kawin ni ibarat mengukir di atas batu. batu tu ibarat perkahwinan dan tulisan tu cinta antara pasangan tu. cinta tu akan kekal selagi batu tu x terhempas dan pecah.


semua yg disyariatkan dalam islam tu indah dan berguna. selamat beramal, semoga kita menjadi hamba yg soleh dan solehah :)

Monday 5 March 2012

..O ALLAH, I MISS HIM !..

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.r.h.

5 Mac 2012, 10.30 p.m,
dear diary yang telah lama tidak ku coretkan sesuatu di perutmu,

lelaki ini yg selalu menyayangiku
walau tak pernah terluah oleh kata2 nya
namun dari redup pandangan matanya
aku tahu
dia menyanyangiku
dari risaunya dia ketika sakit menimpaku
aku tahu
ada ruang di hatinya untukku

ayah. nama yg selau ku guna utk memanggilnya. lelaki yang telah 19 tahun sabar melayan kerenahku, mendidikku semasa zaman kecilku. aku sgt degil di masa kanak-kanakku. tiada anggota badanku yg xpernah terkena peritnya rotan ayah, namun lantaran kedegilanku, aku tetap mempertahankan pendirianku yang sudah ternyata salah.

Mahamud bin Saari, dilahirkan pada 12 Mei 1962 di Pendang, Kedah. mendapat primary education di SK Padang Pusing, Pendang. kemudian melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah pondok. bapa kepada 9 orang anak perempuan, bekerja sebagai penoreh getah dan nelayan kecil-kecilan utk menyara kami semua.


itulah ayah. satu-satunya lelaki yang aku punya di dunia ini. yang halal bagiku untuk aku mencintainya. yang menjadi role model ku utk pandai bertarannum sepertinya. ayah miliki suara yang merdu, dihormati di seluruh kampung. ornag2 biasa memanggilnya Ustaz Mahamud. aku pon terkena tempias dek nama panggilan itu. kalau aku pergi menjemputku adikku di sekolah, orang2 kampung akan menegurku, "anak Ustaz Mahamud dah datang jemput adik?"

"ayah ni sekolah tak tinggi,cuma ayah harap sgt anak2 ayah nanti jdi orang yg berjaya". kata2 ayah yg menjadi pembakar semangatku utk terus belajar setinggi mungkin.

ayah sgt cekap mengira. aku selalu kalah kalau lumba mengira dgn ayah. ayah akn cakap,"ayah tak sekolah pon lagi pandai mengira drp kakti".

sungguh aku sgt merindui insan ini. insan yang akan mendukungku ke hospital tatkala aku demam semasa kecil dahulu. insan yang akan merotanku jika tersalah hukum tajwid semasa membaca Al-Quran. insan yg akan memulas telingaku jika volume suaraku semasa membaca Al-Quran tak memuaskan hatinya.

ayah ialah lelaki yg soleh. tapi ketakwaan ayah tidak diwarisi olehku. benarlah lagu Iman Mutiara bahawa iman tak dapat diwarisi dri seorang ayah yg bertakwa. ayah meletakkan harapan yang sungguh tinggi di bahuku. untuk menjadi anak yang berjaya dalam hidup kerana setakat ini, akulah anak yang paling cemerlang dalam keluarga<--tiada elemen riak ya di sini,cuma keterangan mengapa ayah berharap aku berjaya.

selalu ku ingat pesan ayah,"keberkatan tu penting,ti. kita ni bukan orang senang,tapi duit ayah tak pernah tak cukup utk bayar yuran sekolah adik2, nak beli brg2 dapur, nak beri keperluan anak-anak". ya,akanku ingat pesan itu. itulah pesan yang merencatkan niatku untuk meniru dalam peperiksaan tatkala aku teringat pesannya. pesan yang menjadi inspirasiku ketika semangatku untuk belajar telah luntur.

ayah org paling cool bila orang menghina family kami. yelah,dah anak semua perempuan. semua orang pandang rendah. even saudara-mara sendiri. mereka ingat kami semua xberguna. tapi Allah lagi berkuasa, mereka lupa tu. mereka tak sedar Allah lah yang berkuasa menentukan segalanya. tatkala kakak2 ku makin berjaya dalam kerjaya masing2, kakak ku yang ketiga kini sedang menuntut di UPM dalam kos doktor perubatan veterinar,dan tatkala adik2 ku yang berada di sekolah2 berasrama penuh dan sekolah bestari mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, anak2 perempuan mereka ditangkap khalwat, yang lelaki yang kononnya sgt berguna di mata mereka menghisap dadah, rempit sana,rempit sini.

lihatlah betapa berkuasanya Allah. mereka lupa tentang itu. betapa ruginya mereka. ayah tetap tenang dan membalas segala tohmahan mereka dgn senyuman.

ayah is so wonderful. thank you,Allah for sending me him. nobody can replace him in my heart. when u were to give me someone to be my spouse, do send me someone like him. i love him. he is the only man in my heart. when u were to take him away from us, do give us strength to face the reality.

ayah, dulu ti malu nak mengaku dgn kawan2 bila org tanya ayah kerja apa. tapi skg,ti bangga sebab anak orang kampung macam ti pon boleh masuk u. boleh berjaya macam anak2 orang kaya lain. maafkan ti, ayah. ti sayang ayah.

ayah, saya Siti Nur Atikah binti Mahamud berjanji akan menjadi insan yang berjaya dalam hidup. ti akan membantu adik2 ti bila ti dah ada kerja tetap nanti. bila ayah dah x ada, ti akan jaga mama sampai hujung nyawa ti. insyaAllah, ti akan ingat pesan2 ayah. Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi semua ni.

ayah,ti rindu ayah. rindu nak mengaji dgn ayah, rindu nak semayang jemaah dgn ayah. imam2 kat kolej ni xde sorang pon yang baca sedap macam ayah. ayah, i miss youu ;( .


 kami,
Norsiah Chong binti Abdullah
Siti Zubaidah binti Mahamud
Nor Azimah binti Mahamud, Mohamad Saiful Nizam bin Abdul Latif, Nuurin Awatif binti Mohamad Saiful Nizam
Siti Nor Azizah binti Mahamud
Siti Nur Atikah binti Mahamud
Siti Masitoh binti Mahamud
Ummi Sabariah binti Mahamud
Ummi Rashidah binti Mahamud
Aisyah Zafeerah binti Mahamud
Zahra Hafizah binti Mahamud

sayang ayah :')

khas utk ayah walaupun ayah takkan baca entry ni sampai bila2.

Saturday 3 March 2012

..WANITA, KITA ISTIMEWA !..

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum w.r.h.


cute muslim girlsss.

i just can't sleep tonight,because i slept at 9.00 p.m and woke up at 12.30 a.m. haish,mengantuk sgt tadi,melampau2 mengantuknye. tapi once dah bangun ni,xboleh nak tido pulok dah '==

okay,back to the topic,WHAT MAKES A WOMEN SPECIAL?
any idea?

no?
let me tell you.

maklumat2 ini diperolehi drp Puan Hajah Noorliza, cikgu kimia sekolah menengah saya dulu. She is soo pious. She studied at U.S for about 6 years and ended up wearing purdah continuously sampai sekarang.

I admire her a lot. she is a wonderful woman. Begitu banyak dugaan yg dia tempuh dlm hidup dia,tapi dia masih tidak berputus asa dan yakin dgn janji2 Allah :)

okay,keistimewaan2 wanita:.


1. Seorang wanita yang solehah lebih baik drp 70 orang lelaki yg soleh.



2. Anak perempuan boleh menjadi penghalang ibu bapa mereka drp masuk neraka. hal ini
     demikian kerana apabila seorang wanita:

       -solat 5 waktu
       -berpuasa di bulan Ramadan
       -memelihara kehormatan dirinya
       -mentaati ibu bapa/ suami

    maka masuklah seorang wanita itu ke syurga drp mana2 pintu yg dikehendakinya.


3. Wanita solehah akan masuk syurga 10 000 tahun lebih awal drp suaminya.


4. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia dalam tempoh berpantang (40 hari
    selepas bersalin), wanita itu dikira mati syahid.



5. Wanita yang memberi susu badan kepada anaknya,ibu tersebut akan mendapat 1 pahala utk
    setiap titik susu tersebut.



6. Wanita yang menyusu anaknya hingga genap 2 tahun,malaikat2 di langit akan berkata
     bahawa syurga adalah wajib utk wanita tersebut.



7. Wanita yang memberi susu kepada anaknya yang menangis, akan mendapat pahala setahun solat dan
     puasa.



8. Wanita yang malamnya tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit,dia mendapat
     pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.




Menurut Thabit Al-Banani, seorang tokoh islam:
.:Allah akan datang sendiri pada wanita yg memberati auratnya di dunia,iaitu memakai purdah secara
  istiqamah di dunia:.


so girls,where are we?
walaupun sebenarnya points di atas ini lebih mejurus kpd wanita yg telah berumah tangga, tapi kita masih boleh mencuba menjadi anak yg solehah.
lagipun,kita akan tempuhi jugak alam berumah tangga tu.
cuma masa yang menentukannya
tak salah kan kalau kita melengkapkan diri kita dgn ilmu2 agama kerana ilmu2 agama tiada satu pun yang akan merugikan kita.

that's what makes Allah differ from us.
ilmu ciptaan manusia banyak yang melalaikan, tetapi tidak ilmu Allah :)

jadi,
jom berubah demi kebaikan diri kita jugak ;)



renung-renungkanlah
selamat beramal :)
jaga diri,hiasi peribadi :)
have a nice day ahead
assalamualaikum ;)

Friday 2 March 2012

..F.U.T.U.R.E..

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum w.r.h semua :)

memandangkan semua pelajar asasi setahun semua IPTA dan IPTS di Malaysia bakal menamatkan asasi masing2 pertengahan tahun 2012 ini, mesti ramai yg dah fikir tentang kos yg bakal diambil di peringkat ijazah pertama nanti :)

bagi saya,saya telah membuat keputusan. tapi belum istikharah lagi. takut tu bukan yg terbaik utk saya. tapi,kalo ikut minat dan kebolehan, saya dah decide 5 kos ni sebagai kos pilihan.

senarai top 5 course pilihan:
1. bacelor sains (kepujian) major kimia
2. bacelor sains (kepujian) major kimia perindustrian
3. bacelor sains (kepujian)  major kimia petroleum
4. bacelor sains (kepujian) major biologi
5. bacelor kejuruteraan (kimia)

tu lah diaaa.
i love biology, but i perform better in chemistry.
that's why saya pilih kimia.
lagipon,kalau amik major kimia tulen ni, skop kerja dia lagi luas drp amik major kimia perindustrian atau major kimia petroleum.
sebabnya, belajar dia lagi general. lagi meluas.
lagi 1,subjek2 dia adalah kimia organik, kimia fizik, kimia tak organik, fizik am, subjek2 wajib unversiti dan bahasa asing.

bahasa asing tu boleh pilih bahasa ape je.
subjek2 kimia tu dah belajar time asasi. bukan nak kate mereka tu senang, tapi at least dah ade la basic kimia utk bertapak dlm kos ni. lagipun amik major kimia tulen ni lagi senang dapat keje<---kata senior2 di jabatan kimia mase asasi edu fair haritu.

boleh keje kt kilang minyak,makanan,nak jadi pendidik pon boleh. syaratnya,kena belajar betul2 lah.
no more facebooking dlm kelas<--mampu ke nk buat ni? haish '==

kalau kolej pulok,i chose KOSSAS.

sebabnya ialah saya sukakan cabaran dan aktiviti2 lasak.
so, sementara masih bujang lagi ni, saya nak join banyak99 aktiviti lasak. because,bila dah ada banyak tanggungjawab nnti, mana boleh join dah berkawad2, masuk hutan ni.

it is not that i hate kolej 13. but i adore kossas more.
hee,maafkan saya pencinta2 kolej 13.

okay,that's all for this entry ^^
take care,
jaga diri,hiasi peribadi
assalamualaikum :)