~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Monday, 5 March 2012

..O ALLAH, I MISS HIM !..

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.r.h.

5 Mac 2012, 10.30 p.m,
dear diary yang telah lama tidak ku coretkan sesuatu di perutmu,

lelaki ini yg selalu menyayangiku
walau tak pernah terluah oleh kata2 nya
namun dari redup pandangan matanya
aku tahu
dia menyanyangiku
dari risaunya dia ketika sakit menimpaku
aku tahu
ada ruang di hatinya untukku

ayah. nama yg selau ku guna utk memanggilnya. lelaki yang telah 19 tahun sabar melayan kerenahku, mendidikku semasa zaman kecilku. aku sgt degil di masa kanak-kanakku. tiada anggota badanku yg xpernah terkena peritnya rotan ayah, namun lantaran kedegilanku, aku tetap mempertahankan pendirianku yang sudah ternyata salah.

Mahamud bin Saari, dilahirkan pada 12 Mei 1962 di Pendang, Kedah. mendapat primary education di SK Padang Pusing, Pendang. kemudian melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah pondok. bapa kepada 9 orang anak perempuan, bekerja sebagai penoreh getah dan nelayan kecil-kecilan utk menyara kami semua.


itulah ayah. satu-satunya lelaki yang aku punya di dunia ini. yang halal bagiku untuk aku mencintainya. yang menjadi role model ku utk pandai bertarannum sepertinya. ayah miliki suara yang merdu, dihormati di seluruh kampung. ornag2 biasa memanggilnya Ustaz Mahamud. aku pon terkena tempias dek nama panggilan itu. kalau aku pergi menjemputku adikku di sekolah, orang2 kampung akan menegurku, "anak Ustaz Mahamud dah datang jemput adik?"

"ayah ni sekolah tak tinggi,cuma ayah harap sgt anak2 ayah nanti jdi orang yg berjaya". kata2 ayah yg menjadi pembakar semangatku utk terus belajar setinggi mungkin.

ayah sgt cekap mengira. aku selalu kalah kalau lumba mengira dgn ayah. ayah akn cakap,"ayah tak sekolah pon lagi pandai mengira drp kakti".

sungguh aku sgt merindui insan ini. insan yang akan mendukungku ke hospital tatkala aku demam semasa kecil dahulu. insan yang akan merotanku jika tersalah hukum tajwid semasa membaca Al-Quran. insan yg akan memulas telingaku jika volume suaraku semasa membaca Al-Quran tak memuaskan hatinya.

ayah ialah lelaki yg soleh. tapi ketakwaan ayah tidak diwarisi olehku. benarlah lagu Iman Mutiara bahawa iman tak dapat diwarisi dri seorang ayah yg bertakwa. ayah meletakkan harapan yang sungguh tinggi di bahuku. untuk menjadi anak yang berjaya dalam hidup kerana setakat ini, akulah anak yang paling cemerlang dalam keluarga<--tiada elemen riak ya di sini,cuma keterangan mengapa ayah berharap aku berjaya.

selalu ku ingat pesan ayah,"keberkatan tu penting,ti. kita ni bukan orang senang,tapi duit ayah tak pernah tak cukup utk bayar yuran sekolah adik2, nak beli brg2 dapur, nak beri keperluan anak-anak". ya,akanku ingat pesan itu. itulah pesan yang merencatkan niatku untuk meniru dalam peperiksaan tatkala aku teringat pesannya. pesan yang menjadi inspirasiku ketika semangatku untuk belajar telah luntur.

ayah org paling cool bila orang menghina family kami. yelah,dah anak semua perempuan. semua orang pandang rendah. even saudara-mara sendiri. mereka ingat kami semua xberguna. tapi Allah lagi berkuasa, mereka lupa tu. mereka tak sedar Allah lah yang berkuasa menentukan segalanya. tatkala kakak2 ku makin berjaya dalam kerjaya masing2, kakak ku yang ketiga kini sedang menuntut di UPM dalam kos doktor perubatan veterinar,dan tatkala adik2 ku yang berada di sekolah2 berasrama penuh dan sekolah bestari mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, anak2 perempuan mereka ditangkap khalwat, yang lelaki yang kononnya sgt berguna di mata mereka menghisap dadah, rempit sana,rempit sini.

lihatlah betapa berkuasanya Allah. mereka lupa tentang itu. betapa ruginya mereka. ayah tetap tenang dan membalas segala tohmahan mereka dgn senyuman.

ayah is so wonderful. thank you,Allah for sending me him. nobody can replace him in my heart. when u were to give me someone to be my spouse, do send me someone like him. i love him. he is the only man in my heart. when u were to take him away from us, do give us strength to face the reality.

ayah, dulu ti malu nak mengaku dgn kawan2 bila org tanya ayah kerja apa. tapi skg,ti bangga sebab anak orang kampung macam ti pon boleh masuk u. boleh berjaya macam anak2 orang kaya lain. maafkan ti, ayah. ti sayang ayah.

ayah, saya Siti Nur Atikah binti Mahamud berjanji akan menjadi insan yang berjaya dalam hidup. ti akan membantu adik2 ti bila ti dah ada kerja tetap nanti. bila ayah dah x ada, ti akan jaga mama sampai hujung nyawa ti. insyaAllah, ti akan ingat pesan2 ayah. Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi semua ni.

ayah,ti rindu ayah. rindu nak mengaji dgn ayah, rindu nak semayang jemaah dgn ayah. imam2 kat kolej ni xde sorang pon yang baca sedap macam ayah. ayah, i miss youu ;( .


 kami,
Norsiah Chong binti Abdullah
Siti Zubaidah binti Mahamud
Nor Azimah binti Mahamud, Mohamad Saiful Nizam bin Abdul Latif, Nuurin Awatif binti Mohamad Saiful Nizam
Siti Nor Azizah binti Mahamud
Siti Nur Atikah binti Mahamud
Siti Masitoh binti Mahamud
Ummi Sabariah binti Mahamud
Ummi Rashidah binti Mahamud
Aisyah Zafeerah binti Mahamud
Zahra Hafizah binti Mahamud

sayang ayah :')

khas utk ayah walaupun ayah takkan baca entry ni sampai bila2.

No comments:

Post a Comment