~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Thursday 8 March 2012

.. CINTA HARUS MEMILIKI? ..

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.r.h.

"...adakah waktu tak berpihak
atau memang sudah jalannya
untuk kita terpisah selamanya.."

ya, tidak. cinta tidak harus memiliki. tapi memiliki mesti akan cinta. kerana cinta itu terlalu subjektif dan kebanyakan manusia di dunia tak tahu menghargai dan mengekalkan cinta.


cinta itu bersifat sementara, betulkah?

menurut kajian,ya. cinta akan bertahan selama 2,3 tahun sahaja. kemudian,perasaan itu akan makin pudar.

and, why am i suddenly bercakap pasal cinta?

frankly speaking, today 9th March 2012 ialah genap 9 bulan perpisahan kami.
dan setelah 9 bulan, saya tidak lagi menangisi dia yg tak patut ditangisi.

kerana tears gland ini tidak dicipta utk menangisi dia.
hati ini tak dicipta utk mencintai dia.
otak ini tidak dicipta utk memikirkan ttg dia.
jasad ini tidak dicipta utk menjadi hamba cinta manusia.


dulu masa mula2 start mmg indah. yelah, benda haram kan, mane ade yg tak indah. kalo semua benda haram tu xindah, xde la org jahat kt dunia ni. takde la perompak, takdela perogol,takdela mat rempit. am i right? he cared about me a lot, tapi dah lama2 mesti bosan kan. tiap2 hari tanya benda sama. dah makan etc are very common questions utk menunjukkan kecaringan terhadap pasangan.

HOW DO I FEEL AFTER THIS 9 MONTHS?


okay, first month rasa macam setahun. hidup tanpa org yg dicintai di sisi. <--menyampahnye baca.
tiap2 hari nak kena menangis.


Ya Allah,bodohnya aku mase tu. dia? maca biasela,merayu2 nak kembali. NAK DIBERI PELUANG KETIGA setelah aku di enam tujuh lapankan dgn perempuan2 lain. oh no la. awok igt sayo ni perempuan kayu ke? mentang2 la sayo ikut je ckp awok, xpernah membantah, awok igt awok boleh kuasai sayo la? oh mestilah tidak. nasib baik perasaan ego ni ada dlm diri. kalo x,mmg dah lama saya kembali kpd dia. utk ditipu lagi sampai ke tua. tapi jauh di sudut hati,mmg saya nak sgt kembali macam dulu. konon2nya nak menebus kesalahan2 lampau.

masa tu bukan xsedar dan xtahu yg cinta Allah tu lagi power, tapi dah tertutup dek indahnya cinta makhluk ni. dunia ni sungguh melalaikan. sape2 yg xpernah bercinta, my best advice is not to try this extremely sucks experience that you will regret it for the rest if your life. BERCINTA ITU TIDAK INDAH LANSUNG. <--bear this in your mind :)

second month up to fourth, xbanyak beza. cuma emosi dah makin stabil,tears gland maikn kurang beroperasi.

emotional imbalance

cuma bila ternampak dia bermesraan dgn perempuan lain, saaaaaakitnya hati. dahla dulu dia beria2 explain yg dia xde apa2 pon dgn perempuan tu. no fon perempuan tu pon dia xde. tpi xsampai setahun dia dah start ada apa-apa dgn si cantik dan muda tu.

fifth until now, alhamdulillah dah makin sgt3 better.


dah mula belajar menerima hakikat bahawa kami mmg tiada jodoh dan dah mula merelakan dia dgn hidup dia skg. cuma one thing yg diriku amat xpuas hati dgn dia ialah, dia ckp nk berubah jadi baik,xnak ada girlpren tapi sekali tu ada terstalk dia,rasa macam nak muntah hijau sebaldi tgok kemesraan dia dgn perempuan tu. tu baru satu, yg lain2 tu banyak lagi.

bukan jeles,tapi xpuas hati. kami dulu pon xpernah sampai wall-to-wall. open sgt la facebook tu. but skg still ada lagi few things yg xboleh dibuat dan didengar sbb benda2 tu secara otomatik akan mengingatkanku kpd dia.

so, conclusionnya jgnlah bercinta sebelum ada ikatan yg sah dgn si dia yg diminati tu. yg lelaki tu, pandai2 la buat baik dgn mak ayah gadis idaman anda tu. dah suka kan,kawin jela. kan zaman skg famous nikah khitbah tu. silakanlah :)

sebabnya, bercinta sebelum kawin ni ibarat menulis atas pasir di tepi pantai. bila ombak datang, habis hilang tulisan tadi tu. bila satu dugaan melanda, hilanglah perasaan cinta tu.


tapi, bercinta lepas kawin ni ibarat mengukir di atas batu. batu tu ibarat perkahwinan dan tulisan tu cinta antara pasangan tu. cinta tu akan kekal selagi batu tu x terhempas dan pecah.


semua yg disyariatkan dalam islam tu indah dan berguna. selamat beramal, semoga kita menjadi hamba yg soleh dan solehah :)

No comments:

Post a Comment