~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Thursday 4 October 2012

..OHH SI COMEL!..

Assalamualaikum w.b.t
Salam  sejahtera

Nama saya Siti *tetiba

Next week test 1. Tapi malas pulak nk study. Mengantuk tapi rasa nak menaip.

Meh nak cite sikit. Cerita ini berlaku semalam, eh pagi ni. Around 1 pagi ke 5 pagi. Lokasi, Hospital .....(sebuah hospital kerajaan). Pegi ke sana atas satu urusan.

Sementara menunggu giliran utk masuk bilik pemeriksaan, maka duduklah diriku di atas kerusi menunggu yang disediakan. Sedang meninjau-ninjau keadaan sekeliling, aku ternampak seorang bayi didukung oleh ibunya. Sangat comel. Ulang taip, sangat comel. Bayi lelaki. Berkulit cerah. Bila baby tu senyum, rasa macam nak dukung dia bawak lari drp mak dia *okay, over sikit di situ '==


Tersentuh naluri keibuan kau melihat bayi itu. Ohhh, nak2 bila tengok mak dia jaga dia, belai dia. Mulalah aku membayangkan akulah emaknya itu sedang membelai bayi yg sungguh comel tu. Dan aku sebenarnya tak suka baby. Pembetulan, tak berapa suka. Suka time diaorang happy je. Time nangis, terus tak suka. Apatah lagi time sakit.

Then mak dia amik suhu badan dia. Dia baik je. Diam je. Tak nangis pun. Ya Allah, amazing nya baby macam ni. Please give me one<-degree baru first sem, ada hati nak teringin ada baby.

Dahla comel, baik pulak tu. Tapi dalam pukul 4 pagi macam tu, dia dah penat kot tunggu giliran. Dia dan mak dia pun asyik masuk keluar je bilik doktor. Lama pulak prosedur dia. Biasalah, hospital kerajaan kan. Kalo nak cepat sangat, tebang buluh buat hospital sendiri belakang rumah.

Terus berubah perasaanku terhadap bayi-bayi comel di seluruh dunia. Selama ni tak suka, tapi sekarang dah suka. SAYA BERAZAM UNTUK MENJADI SEORANG WANITA YANG PENYAYANG TERHADAP BAYI *sangat insaf kerana selalu berlaku kejam terhadap anak-anak kecil.

comelnyaaaaa :D

Bukan gatal or desperate nak kawin, tapi nak ada baby. faham tak? Kalo ada orang nak bagi baby pun aku nak. Nak jaga sampai besar, nak tengok dia membesar dalam jagaan kita, nak tengok masa jatuh dan bangun dia, dan yang paling penting nak jadi orang yang nombor satu dalam hati dia.
*Inilah yang parents kita rasa  selama ni, aku baru sedar. Ya Allah, I love my parents :") Teringat mama yg susah payah menjaga aku drp dlm kandungan sampai la ke dunia, mendidik, menjaga makan minum, pakaian, duit belanja, pelajaran. Tak kurang juga ayah yang mendidik ilmu agama, mencari rezeki, bersabar dgn kerenah-kerenah dan kedegilan aku yang tinggi mengalahkan KLCC ni. ohh ayahhh ;(


Dear ayah and mama, I will try my very best to be the best daughter of yours. Dan bila sampai masanya aku berada di tempat kalian berdua nanti, akan ku jagai mereka dgn sepenuh kasih sayang. Ini azamku dan insyaAllah janjiku terhadap kamu semua :')

insyaAllah.
Wassalam :)

No comments:

Post a Comment