~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Monday 23 April 2012

..PENDIRIAN,HARUSKAH BERUBAH?..

Assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah,kita masih diberi peluang menghirup udara segar secara percuma oleh Allah S.W.T.
cuba kita bayangkan, setiap hirupan udara ni kita kena bayar, walau 1 sen utk setiap kali tarik nafas pun. berapa banyak kita kena bayar urk setiap jam? sehari? setahun?
pening kita nak membayarnya


jadi, bersyukurlah dgn nikmat Allah ini :)


okay,back to the topic. manusia ni pendirian selalu berubah. orang dulu2 kata, bagai lalang ditiup angin.
sebagai manusia, saya pun tak terlepas drp "fluctuation" pendirian ni.
current issue yg melibatkan perubahan pendirian ini ialah:

PEMILIHAN KOS UNTUK PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DI UPM 

haish '==
nak kata tak bersyukur kang tak kena pulak. orang lain kat kolej2 matrik seluruh malaysia dan asasi2 di universiti2 lain punyalah perah otak nak pilih universiti mana dan kos mana utk diambil nanti ijazah, kami di UPM  cuma kena isi kos yg diambil je. SAHAJA. 
itu pun dah pening. kami dah confirm dapat belajar kt sini, tapi orang lain tak. err, tapi pemilihan kos memang sukar.SANGAT SUKAR. 
difficult.
hard.
tough.
complicated.
dan apa2 lagi perkataan yg membawa maksud yg sama seperti perkataan2 di atas.


nak dijadikan cerita, ini 5 kos yg berlegar2 di fikiran saya masa lingkungan bulan 2 haritu.

1. Major Kimia
2. Major Kimia Perindustrian
3. Major Kimia Petroleum
4. Major Biologi
5. Kejuruteraan Kimia
.
.
.
.
.
.

lebih kurang sebulan selepas tu, ni semua 5 kos yg berjaya di shortlisted:

1. Major Kimia Perindustrian
2. Major Kimia 
3. Major Kimia Petroleum
4. Major Biologi
5. Kejuruteraan Kimia
.
.
.
.
.

dan setelah difikir2 kembali, diistikaharah beberapa kali, ALHAMDULILLAH ini 5 yang tersenarai:

1. Kejuruteraan Kimia
2. Major Kimia Perindustrian
3. Major Kimia
4. Major Kimia Petroleum
5. Biokimia

awal bulan 2, saya pilih kos ikut kebolehan; saya suka biologi. sangat suka. kat sekolah dulu xpernah dpt b biologi. kimia so so je. kadang2 kalau rajin sikit study lebih, dapatlah A. kalau tak,dapat b. tapi kat asasi, markah kimia saya mesti lagi tinggi drp biologi. bukan tinggi 5,6 markah je, tapi sampai berbelas2 markah kadang2. lantas saya memilih kebolehan lebih drp minat. dan saya lebih suka sesuatu yang umum, lantas saya memilih major kimia tulen berbanding major kimia perindustrian dan major kimia petroleum. 

even kt sesi kaunseling pun saya bagitahu kaunselor tu yg saya nak amik major kimia tulen walaupun dah banyak sesi saya berjumpa dia dan bila ditanya soalan kos utk peringkat ijazah, saya tetap memberikan jawapan yang sama.


bulan 3, saya mula mengkaji antara semua major kimia ni, siapa yg paling seronok. keputusannya, major kimia perindustrian. sebab banyak amali, dan peluang kerja lebih banyak berbanding major kimia tulen. saya pun mula nak mengubah fikiran. saya pun buat solat sunat istikharah. kali pertama, saya pun menunggu keputusannya. mimpi, nasihat, gerak hati. satu pun tiada. saya pun buat lagi sekali. kebetulan saya ada pergi jumpa pensyarah kimia saya semasa semester 1 dahulu dan saya bertanyakan tentang major kimia. dia mencadangkan saya amik major kimia industri atas alasan yg sama, peluang kerja. dan saya seperti tidak berminat lansung dengan cadangan beliau tu. konfius lagi nak letak apa kat first choice.


april, hari terakhir amali kimia. saya pun bertanya lab demonstrator saya tentang major kimia yg paling best,bagus,seronok,mantap,fabulous dan sebagainya.  dia jawab, major kimia perindustrian. banyak amali, peluang kerja. hurm,saya makin keliru. nasihat semakin banyak ke arah itu tapi minat semakin luntur. hurmm, saya kembali meminta petunjuk Allah lagi. secara berterusan. sampailah suatu hari,

Situasi: PRESENTATION KIMIA SEMESTER 3
Pensyarah: Dr Aishah Abdullah

Dr: Do you have good CGPA?
Me: My CGPA was ..... why Dr?
Dr: Nothing.just asking.
Me: Dr, i planned to take major in industrial chemistry for my degree soon. do you have any
       advice?
Dr: Urm,i think you should take chemical engineering lah.
Me: Why dr?
Dr: Because you will learn similar thing, I mean not exactly similar but they do have similarities
      in terms of the syllabus and lab.
Me: what about the job opportunity, Dr?
Dr: If you want a job after degree, take chemical engineering. or you can pursue your study
      until PhD and get A better job. I have a friend who take major in chemistry and she
      ended up jobless. i did my Master and  PhD in chemical engineering.
Me: Ouh, I'll think about it, Dr.
Dr: What is the minimum CGPA for chemical engineering?
Me: It's 2.8 something.
Dr: You have the advantage on that. there are many people out there who wanted to
      take this course and they
      failed because of their CGPA. you are qualified, so just give it a try. don't worry
      about your study. they have groups there where you can ask anything u don'T
       understand.
Me: InsyaAllah Dr.
Dr: I just don't want you to regret. when you are at degree level, you will know.
      I don't want you to regret.
Me: I'll think about it, Dr. Thank you for the info.


dan saya balik bilik dan fikir dan fikir. tiba2,teringat masa Asasi Education Fair haritu, saya ada singgah kat booth Fakulti Kejuruteraan dan ada amik pamplet dia. saya pun belek2. dalam hati ada terdetik, mungkin inilah petunjuk Allah yang saya nantikan selama ini.


18 April 2012, KELAS KIMIA TERAKHIR SEMESTER 3


Dr: Eh,you. what did you chose for degree yesterday? is it the major?
      (she didn't memorise my name)
Me: No, Dr. i put chemical engineering as my first choice. (smiling)
Dr: (also smiling). don't worry, they have groups there. you can ask
      anything from them. i also have a friend there. she is a professor.
      I'll ask her to help you. also, I have  many friends from the lecturers
      there. I'll ask them to help you.
Me: (smiling).thank you, Dr. (speechless)
Dr: Don't worry (smiling)

lihat, bila kita mengutamakan Allah dalam kehidupan kita, betapa senangnya utk Allah membantu kita bila kita kesusahan. tapi,janganlah cari Allah bila kita susah je, Allah ialah tuhan kita, bukan bahan permainan kita :)



kepada kawan2 semester 3 Asasi Sains Pertanian UPM, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya utk peperiksaan akhir semester 3 kita. semoga Allah mempermudah segala urusan kita. do your very best and Allah will do the rest :)

kepada fakulti kejuruteraan, kalau betullah awak ialah takdir saya, saya akan datang kepada awak dgn berbesar hati dan penuh kesyukuran. Ya Allah, berkatilah keputusan ku ini.aamiiin

fakulti kejuruteraan UPM :)

kawan2,selamat maju jaya :D
wassalam.

4 comments:

  1. putting Allah in the first place is one of my weaknesses. I sometimes plan too much that I sort of plan my future by my own hands which is not good. I envy how u easily believe in Allah but i am trying to, I guess what I have been afraid of for all this while is failing. Thanks tikah, ur post is alhamdulillah, salah satu petunjuk yg Allah cuba beri pada saya.

    ReplyDelete
  2. you are most welcome my sister, just believe in Allah because He knows better than us what is the best for us. we might be adoring something but that thing is no good for us and vice versa<--cannot remember from which surah. be an optimistic person, happy when hard times come because these are the evidences that Allah is never forgetting you. be strong ya :D

    ReplyDelete
  3. Terima kasih akak sbb share ni.. saya pon ASPER macam akak.. batch 10.. saya pon ada masalah yg sama dgn akak.. selepas baca post akak ni sy decide nk ambik chemical engineering... dh 2 hari saya buat istikharah.. so dgn baca post akak ni saya dpt buat keputusan.. betul ckp akak kalau kita ingat Allah.. kita akan berjaya.. terima kasih.. dan semoga berjaya

    ReplyDelete
  4. akak, saya tengah survey untukcourse degree, saya lebih minat dan lebih okay dalam kimia berbanding bio dan fizik, so ingat untuk ambik sains kimia perindustrian tapi bila baca blog akak, takut pulak nak amik course tu sbb peluang pekerjaan, kalau difikirkan tentang chemical engineering, saya agak kurang minat bila pasal engineering. so saya masih keliru nak pilih course kimia yang mana, akak ada apa apa nasihat ?

    ReplyDelete