~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Saturday 18 February 2012

..ALHAMDULILLAH..

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum w.b.t.

...tika mata diuji manisnya senyuman
terpamit rasa menyubur harapan
dan seketika terlontar ke dunia khayalan
hingga terlupa singkat perjalanan
tersedar aku dari terlena dibuai lembut belaian cinta..

alhamdulillah,terima kasih ya Allah.
kerana menyedarkan aku tentang hakikat ini.
berilah saudara2 seislamku juga kesedaran ini agar mereka temui ketenangan dalam hati mereka.

cinta manusia tanpa perhubungan yg halal tak akan membawa ke mana.
kecewa juga yg menuhggu di penghujung cerita.
cintailah Allah kerana Allah lah selayak penerima cinta hamba-Nya.

cinta manusia membawa penyakit dalam hati
cinta Ilahi penawar segala
cinta manusia buatku kecewa
cinta Allah buatku bahagia

semasa aku leka dgn keasyikan cinta dunia
Kau menarikku rapat kembali ke arah-Mu
terima kasih, Ya Allah :)

ya Allah,peliharalah hatiku dan hati sahabat2 ku daripada terjerumus dalam cinta manusia
hanya cinta-Mu yang ku damba dalam hidupku
Amiiin Ya Rabbal Alamin..

Thursday 16 February 2012

..TUTUP AURAT, HAK KITA KE?..

Assalamualaikum w.b.t.
 kita manusia, semua orang tak sempurna. dan kita juga hamba Allah S.W.T. kita punya tanggungjawab utk melaksanakan hak Allah. 

pasal menutup aurat, kita selalu dgr macam2 alasan org utk xnak menutup aurat. belum dpt hidayah la, belum sampai seru etc.

kita faham ke konsep hidayah ni sebenarnya utk kita sesuka hati je cakap macam tu? hidayah kan milik Allah. takkan kita nak tunggu Allah bagi je kat kita tanpa ada usaha drp kita utk mendapatkannya?


hak kita ke nak tutup ketak aurat?
pernah tak dengar..
"eh,lantak I la, kita mati nti kubur lain2"
mesti dah sgt common kan, tu lah masyarakat kita hari ini. kita tak faham yg badan kita ni hanya pinjaman. Allah pinjamkan utk kita,masukkan roh ke dalamnya utk kita pelihara baik2. utk ditutupi apa yg harus dilindungi drp pandangan yg bukan muhrim. tapi kita?

sempurna kah kita melaksanakan hak Allah tu?
baik ke kita jaga harta pinjaman Allah kpd kita ni?
 berhak ke kita nak buka aurat sesuka hati?

saudara saudari sekalian, tutuplah aurat. lelaki pon sama. dahla aurat sikit je, tu pon xterjaga. main bola pakai seluar pendek, pakailah tight. elok sikit nampak.
smart sikit.

muslimah2, tak salah kan kalau kita labuhkan sikit tudung kita bagi tutup dada?
kalau kita pakai seluar longgar sikit bagi tak nampak betis dan paha kita?
kalau kita pakai baju longgar sikit supaya bentuk badan kita tak terlihat?
pakai tudung tebal sikit supaya tak sia2 kita pakai tudung kalau nampak leher jugak.
labuhkan sikit lengan baju kita supaya lengan yg cantik tu terpelihara drp panahan mentari dan bakaran api neraka kelak?
sarungkan stokin di kaki supaya disayangi Allah :)

tak senang nak berubah dan kekal berubah. ye, sgt susah utk istiqamah. jadi,kita mesti saling mengingatkan antara satu sama lain. semoga Allah memmberkati kita semua,insyaAllah.