~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Sunday 17 March 2013

..BERSEDIAKAH AKU?..

Assalamualaikum W.B.T.

Setelah sekian lama meninggalkan belog ini,aku kembali menulis tentang sesuatu yang dah lama aku dok pikir. Hurm, pasal perkahwinan. Tujuannya bukanlah kerana diri ini tak sabar-sabar nak kahwin tapi sebab setiap hari diri ini di dedahkan dgn fenomena ini. Perkahwinan semasa masih belajar. Ataupun semasa bekerja.



Bagi aku dua2 ni sama je. Kahwin awal tu macam dah jadi trend. Kalau aku la,aku BELUM bersedia utk jadi seorang isteri<--memang takde pun orang nak kahwin dengan kau.wakaka

Asbabnya, entahlah semua perempuan ke aku sorang yang ada masalah ni. Macam masalah jiwa dah rasa kadang-kadang. Fluctuation of emotions<--entahlah wujud ke tak term tu sebenarnya kt dunia ni. Kadang-kadang rasa mcm okay je kalau kahwin cepat, kadang-kadang rasa membebankan sbb terlalu banyak komitmen utk dipenuhi. Student, anak, isteri. Jenuh nak fulfill semua tu.

Tapi rasa mcm nak share persepsi aku terhadap perkahwinan.

DAHULU.

Atikah, berusia sekitar 17 tahun.

.."kahwin? Perlu ke? Kenapa manusia kena kahwin? Apa benefit dia? Tak best lansung. Habis tu nanti lahir sebagai seorang perempuan mmg untuk pegi sekolah, masuk universiti, kerja, kahwin, beranak, mati. Tu je. Kenapa lelaki tak macam tu? kenapa jadi lelaki seronok? Tak payah rasa sakit senggugut, bersalin, tak payah bangun malam-malam kalau anak sakit, tak payah masak, kemas rumah etc. etc. Ini tidak adil. Kenapa? Kenapa? Kalau kahwin dgn lelaki yg wife-beater tu macam mana pulak? Habislah aku. Tiap-tiap hari kena pukul, duit gaji aku habis dia mintak. Aku sengsara, dia seronok berpoya-poya kat luar rumah. Oh tidak. Perkahwinan memang menakutkan. Kenapalah ada manusia yg percaya pada cinta"..

However, that was then. baaaaaack in the past. sekarang, jeng jeng jenggg!!



KINI.

Atikah yang sama, 20 tahun.

.."perkahwinan. Tu fitrah manusia kan. Mestilah nak. Nak nak bila tengok orang ada anak, teringin nak ada jugak. kahwin kan sunnah, kalau sayang Rasulullah, ikutlah sunnah Rasulullah. Baru best hidup. Bila sunnah dah jadi kebiasaan, mudah jalan menuju syurga Allah. InsyaAllah. Setiap kesakitan yg wanita alami kan ada hikmahnya. Pahala wanita yg melahirkan anak MasyaAllah, baaaaanyak sangat. Kalau dia meninggal dunia masa melahirkan anak, dikira mati syahid tu. Subhanallah :') Hurm, kalau dapat suami wife-beater? Kan Allah ada berfirman yg maksudnya lebih kurang macam ni, "Allah takkan menimpakan kita dgn sesuatu yang tak mampu utk kita memikulnya". Kecuali orang-orang yang berputus asa dgn nikmat Allah. Nauzubillahi minzalik. Kalau ditakdirkan itulah takdir, kita kenalah reda sebab semua tu ujian untuk kita. Tidaklah seseorang itu beriman melainkan dia di uji. Remember? Perkahwinan boleh meramaikan umat Muhammad. Setelah saya berkahwin, saya berazam untuk melahirkan anak seramai yg mungkin. Harap-harap ada rezeki. InsyaAllah :)"..




Tapi kan, perkahwinan masa belajar ni rasanya tak lah kot. Kalau alasan untuk mengelakkan zina diberi, tak terfikir ke cabaran yang akan dihadapi selepas perkahwinan itu jaaaaaauh lebih besar daripada cabaran utk mengelakkan zina. Adapted from Ustaz Hasrizal dlm buku karangan beliau, Aku Terima Nikahnya. So true. Belajarlah dulu. lengkapkan diri dgn ilmu agama dan ilmu keibubapaan dulu baru boleh kahwin. 

Sebabnya ramai pasangan yg bercerai sekarang sebab tak cukup ilmu tentang perkahwinan. Bukan tak cantik isterinya, bukan tak kacak suaminya, tapi apalah yang ada pada rupa bila hati dah benci. Dah jemu. Kenapa jemu? Sebab tiada ilmu untuk mengatasi perasaan jemu tersebut. Jemu terbit bukannya kerana cinta dah hilang. Cinta dan sayang asih ada, cuma tak diperbaharui. 

Cinta memang indah tanpa komitmen. Sebab tu bercinta sebelum kahwin indah. Selepas perkahwinan, bila muka pasangan itulah yang dihadap setiap hari, dengan perangainya yang tak pernah berubah, bila yang degil tetap tak mahu cuba untuk mengalah, lahirlah perasaan jemu. 

"Mungkin kita dah tak sehaluan".

"Perkahwinan ni satu kesilapan" <--ayat derama tibi tige

"Aku ceraikan kau dengan talak satu".

Alahai, dah cerai karang ada yang gila talak. Manusia, manusia. Sebab tu la, jangan tergesa-gesa masuk ke alam perkahwinan kalau diri masih tak matang. Persediaan tu perlu. Tak cukup setakat attend kursus kahwin, dapat sijil, kahwin! Kalau Encik Suami tak ajar anak isteri tentang hukum mandi wajib, haid, nifas etc. etc. yang fardhu ain tu, Encik Suami akan menyertai ahli keluarganya ke neraka! Kalau ES (short form utk Encik Suami) takde semua knowledge tu, wajib dia bawa anak isteri dia ke majlis ilmu untuk belajar. 

Kita tengoklah masyarakat sekarang ni. Betapa ramainya suami-suami yang gagal dlm menjadi seorang suami. Isteri pulak, taknak tutup aurat. Suami ada yg tegur, alhamdulillah. Tapi yang biarkan je isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna tu, daah kenapa? Pastu bila ornag tanya kenapa dia biarkan je isteri dia macam tu, dia jawab "Kami sangat bahagia. No komen". Awak, awak ni dayus tahu tak.


Back to the topic,dua-dua belum bersedia sepenuhnya nak menjadi suami dan isteri. Then macam mana nak ada keluarga yang mawaddah dan sakinah? Macam mana nak melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah? Hurm. Wanita, solehahkan dirimu kalau nak dapat suami yang soleh. Bukannya sibuk update kat pesbuk "Rindu bakal imamku" <--muntah hijau sebaldi baca @.@

Bersedialah. Orang nak masuk universiti pun kena ada persediaa. Sebab tu adanya program matrikulasi, asasi, diploma, sijil. Nak masuk derajah satu pun kena masuk prasekolah atau tadika dulu . Takkan nak kahwin terus je kahwin tanpa persediaa secukupnya? Bukankah perkahwinan ini diharap berkekalan hingga ke syurga?

Fikirkan ye Atikah. Dan kawan-kawannya. Dahla tu. Nak pegi buat assignment yang melambak tu pulak. Assalamualaikum ^_^