~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Wednesday 12 December 2012

..ALHAMDULILLAH!..

Assalamualaikum
salam sejahtera!

"..I am so happy everyday,
because I'm healthy and strong,
in the heat or the cold,
I keep playing all day long,
playing, jumping here I go,
Scott's Emulsion helps me grow.."

Saya gembira. Alhamdulillah. Masih dapat merasa nikmat gembira. Lagu iklan Scott's Emulsion tu sebagai selingan je utk menggambarkan kegembiraan yang membuat hatiku berbunga-bungaan buah-bauhan juganya pun. Hehh

Okay, berbalik kepada topik kegembiraan tersebut. Kerana saya bakal menimang anak saudara kedua, maka mak ciknya ini teramatlah palingpun gembira. Alhamdulillah :) :) Tambahan pula arnab belaan keluarga kami di rumah dah hampir 3 minggu selamat melahirkan 6 ekor anak. Walaupun belum sempat tengok secara live mereka yang comel dan gebu itu, tapi di hati tetap gembira ibarat mendapat markah yang baik untuk subjek CPP. Nampak tak kegembiraannya di situ? hehh

Adakah mereka secomel ini?

Atau ini?

Harapnya salah seekor drp mereka tu macam ni.
Saja taknak tengok gambar-gambar mereka tu sbb nak tengok yg live macam mana rupa mereka. Bapaknya coklat+putih+hitam dan ibunya putih. Apesal aku sibuk cerita pasal arnab ni? '==

Dan perihal kakak yang dah mengandung tu,dah 5 minggu. woot woot~

DAPAT ANAK BUAH LAGI!
DAPAT ANAK BUAH LAGI!
YEAH YEAH 
OH LE LE OH LA LA~

Saja di bold kan supaya tampak kegembiraan tu. Nanti dia ini akan menjadi seorang kakak


Mummy Ti + Awatif

Selamat menjadi kakak, Nuurin Awatif. Semoga kali ni menjadi. Baby boy la pulak.

Selingan

Berkata Iblis, “Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat dan banyak membaca al-Qur’an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku”.

Sesungguhnya tiada anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa rezeki untuknya. Wallahu a'lam.
Wassalam :)

No comments:

Post a Comment