~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Saturday 8 December 2012

..OH HO HO HO :( :') ..

Assalamualaikum
salam sejahtera
:) no smiley for today.
no no no.
dah tak mampu nak tersenyum dah.

tulis pasal masalah kat blog bukan sebab nak raih simpati sebab at the end aku sorang je yg baca blog sendiri ngeh ngeh. Tapi rasa nak tulis jugak. Orang lain kalau terbaca cepat-cepat jangan baca <--boleh pulak mcm tu.

Sebenarnya, krisis besar telah melanda. Ahh,semula semula.

Dear Diary,
Masalah besar telah melanda diriku. yang membuatku rasa hampa dan kecewa dengan diri sendiri dan orang lain. Tak caya, tengok tweet-tweet aku yg patah hati ni. heheh

 dan ini

dan satu lagi


bukan putus cinta okay. macam putus kawan. bukan nak putuskan sillaturrahim, tapi rasa memang kena berjauhan dgn dia. sebab kalau tak, takut terjebak ke alam yg lain selain persahabatan. faham faham sendiri lah yerrr. semoga Allah membantu kami. hoho :(

aku risaukan dia. takut dia buat apa-apa yg cederakan diri dia ke, apa-apa ke. sebab aku macam mendesak sangat rasanya. supaya kami melupakan semua perasaan ni. aku takut, sebab hati dah tertawan sebenarnya. takut nanti ter over di mana-mana. tak terjaga batasan pergaulan. takut. sangat takut. dan sekarang kami dah tak bertegur sapa. dah mula rasa kekok. buat-buat tak kenal. dan hanya kami berdua dan Allah yang tahu hal ni. nak cerita kat orang pun serba-salah. sendiri buat, sendiri tanggung lah, Atikah....

dia? dia nampak bersungguh-sungguh. cuma dia berlainan agama. sebab tu aku tak yakin. dan berat hati. semoga dia mengerti dan hidup dengan gembiraaa :') jauh di sudut hati, masih menyimpan impian untuk hidup bersama dia. tapi agama membataskan. semoga Allah tunjukkan jalannya. jalan yang terbaik untuk kami. asalkan jangan sampai tergadai agama. sebab agama lah yang paling penting. I'm a born-Muslim and I want to die as a Muslim too. taknak jadi murtad. Ya Allah, taknakk :(

Ya Allah, jikalau betul kami ditakdirkan bersama, tunjukkan kepada dia caranya, Ya Allah. dia mungkin tidak mengerti bila hamba-Mu ini menerngkan kepada dia kerana Hidayah itu milikmu. Sebarkanlah Hidayah itu kepada dia, Ya Allah. sedarkan dia bahawa hidup memerlukan pengorbanan. dan tak semua impian kami sebagai manusia akan tercapai. kerana Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami semua, Ya Allah. aamiiin aamiiin aamiiin Ya Rabbal Alamin.

Jika sebaliknyalah yg ada dalam perancangan-Mu Ya Allah, maka jauhkan lah hati-hati kami. hilangkanlah perasaan itu drp hati-hati kami supaya kami boleh meneruskan hidup seperti biasa. sebagai sahabat seperti selalunya. dia sahabat yang baik. hamba-Mu ini tidak mahu kehilangannya.

dia baik. dan aku hanya mampu berdoa sekarang. untuk kesudahan yang baik ataupun sebaliknya untuk kami berdua. sebuah keputusan untuk aku jadikan pedoman untuk masih menyimpan harapan atau betul-betul melupakan. semoga dia mengerti. dan semoga dia tak terlalu sakit dengan semua ni. semoga Allah melindungi dia. semoga Allah menjaga dia.

semoga semoga semoga. wassalam :') :')
*hari ini sungguh panjang dan menyeksakan! merisaukanmu.

No comments:

Post a Comment