~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Friday 28 December 2012

..PERJUANGAN..

Assalamualaikum people

Perjuangan melawan nafsu.
Perjuangan menyelamatkan akidah.
Perjuangan mempertahankan kesucian agama di mata masyarakat.

Tiga benda yg dapat aku simpulkan tentang tindakan aku sekarang. Sesetengah manusia akan anggap tindakan aku ni salah sebab aku berfikiran sempit, tapi ada yang menyokong. Masih ku ingat kata-kata yang memberi aku kekuatan,

"Kalau dia tak nampak macam nak masuk islam pun, baik Kah tinggalkan"

Ya,aku iakan kata-kata tu. Memang betul. Takut aku pulak yang terpesong. Semua tu tak mustahil. Sejak aku kenal dia, aku dah banyak lalai. Astaghfirullah. Solat dilambat-lambatkan, tidur lambat sampai pukul 2,3 pagi sampai sembahyang subuh dlm keadaan mengantuk dan kadang-kadang terlelap. Dan of course, menyayangi seseorang yang tak halal dan tak layak disayangi. Tak sepatutnya aku memberi walau secebis rasa kasihku kepada dia.

Study sama-sama? Alasan semata. Lalainya aku. Goyahnya iman aku. Ya,semua ni ujian. Ujian Allah kepada aku. Untuk menguji iman aku. Selalu terfikir, kalaulah dia islam. Kalaulah.

Dia, baik. Di depanku memang baik. Di belakangku, wallahualam aku tak tahu. Harapnya dia baik. Dan yang penting, aku harap dia jujur. Atas semua ucapan dia selama ni. Dia yang menghormatiku dalam sesetengah batasan agamaku. Cuma terkadang dia membantah. Mungkin dia tak setuju dengan apa yang dilarang dalam islam. Cuma aku rasa bersamanya seolah-olah satu penghinaan kepada agamaku. Berkawan rapat dgn orang yang menafikan keesaan Tuhan yang aku sembah. Aku tak boleh terima hakikat tu. Dan kalaulah benar bersamanya akan membawa aku kepada kesesatan satu hari nanti, baik aku tinggalkan dia sekarang. Walaupun kadangkala ku merasakan bahawa dia tak bersalah dan tak patut dihuku sebegini rupa.

Agar kedua-dua dapat hidup seperti biasa dengan cara masing-masing. Dia, boleh hidup bersama wanita yang boleh dia perlakukan sesuka hatinya. Boleh pegang, tepuk-tampar. Semua tu. Aku, boleh terus berada dalam agamaku tanpa keraguan terhadap Penciptaku. Seandainya aku ditakdirkan mempunyai jodoh di dunia, dia ialah seorang yang islam agar aku tidak merasa ragu terhadapnya dan hidup dengan bahagia dalam sebuah keluarga yang islamik. InsyaAllah :') Dan kalau dah ditakdirkan aku akan keseorangan sepanjang hayatku, aku akan lalui setiap saat tu dgn tenang. Sebab aku yakin, Allah bersamaku. Senua yang berlaku ialah atas ketentuanNya. Agar aku sentiasa reda dengan semua takdir dalam hidupku.

Ya,semuanya dah jelas sekarang. Atikah, jangan takut. Kau buat benda yang betul. Berdoalah. Kalau Allah nak kurniakan hidayah tu kepada dia, islamlah dia nanti. Kalau tak, kau tak boleh bantah. Tu semua hak Allah. Jangan degil. Jangan melawan. Allah lebih mengetahui berbanding kau. Dan kalau ditakdirkan dia memeluk islam satu haru nanti, belum tentu dia jodoh kau. Kalau kau nak semuanya berlaku, berdoalah. Jangan putus berdoa. Jangan. Hapuskan titisan-titisan air mata kehibaan drp pipimu dgn iman. Kuatkan iman, semoga Allah membantumu. Sabarlah, sabarlah,sabarlah. Setiap penderitaanmu akan dibalas dengan kebahagiaan kelak. Yakinlah, Atikah, yakinlah. Allah takkan sesekali mengecewakan kau. Allah tak pernah meninggalkan kau walaupun kau dah berkali-kali meninggalkanNya. Allah tak pernah jemu menerima taubat kau yang sering kau mungkiri tu.

Jangan lupa, kau nak berjaya, kau minta tolong drp Allah. Kau tak malu ke kau doa macam-macam kat Allah tapi tapi kau sesuka hati bersenang-lenang? Kuatkan iman, Atikah. Allah sentiasa bersama kau. Jangan menangis lagi. Sapu air mata tu dan jangan sesekali biarkan dia gugur lagi ke pipi kau. Kecuali air mata keinsafan. Aku banyak berdosa, Ya Allah. Berilah dia petunjuk, Ya Allah.

Ku tinggalkan kau demi agamaku, kau yang telah menjadi masa silamku, tersimpan di lipatan sejarah hidupku. Semoga kau bahagia selalu. Dan sekiranya kau telah sedar akan hakikat itu, apa yang aku mahu drp dirimu, datanglah menemuiku kembali. Dan sekiranya kau tak sedar, aku pasrah. Allah punya perancangan yang lebih baik untuk kta berdua. Yang kita tak pernah tahu. Dan mungkin takkan tahu. Terima kasih kerana sudi melayan kerenahku, bersabar atas semua kemarahanku, sikapku yang tidak matang dan seringkali melukai hatimu. Farewell for now, Mr F :')

2 comments:

  1. kuatkan hati atikah. InsyaALLAH. Allah selalu ada. Allah nak uji kita sebab ALLAH sayang sangat kat kita :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah,afifah sayang :')
    saya okay je :)

    ReplyDelete