~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Sunday 14 April 2013

..hmmHMMhmm..

Assalamualaikum :)

Semoga sihat-sihat selalu. Sekarang ni dah macam-macam lagu utk tarik orang pegi mengundi ada dalam tibi sampai kadang-kadang rasa memyampah dah nak buka tibi. Itu bukan isunya. Hmm



"Mengundi? kita belum cukup umur laa. So, takyah amik tahu la pasal politik?"

Pernyataan di atas ialah persepsi bukan sedikit, malahan raaaamai mahasiswa di Malaysia tanpa mereka sedari merekalah aset negara yang akan menentukan masa depan negara. Di sini, saya bukanlah nak berpolitik tapi nak cakapnya yang ni satu kerugian pada negara untuk mempunyai mahasiswa yang suka menjadikan diri mereka bagai katak di bawah tempurung di bawah tangga di tingkat paling bawah dalam bangunan terpencil dan telah ditinggalkan. Berumah dan beranak-pinaklah mereka bawah tempurung tu. Hmm

"Sesuka hati kau je cakap macam tu, apa hak kau nak kata kami macam tu? Dah sekarang banyak politik kotor, rasuah dan penipuan sana-sini, kami pun keliru nak dengar pihak yang mana, so kami amik jalan mudah taknak sokong mana-mana. Kami atas pagar"

Ha, tahu pun dunia akhir zaman ni orang islam dah hanya tinggal islam pada IC. Yang pemimpin dengan cara pemimpinnya, yang rakyat pun 2X5 je. Macam mana negara nak jadi negara islam yang kuat. Itu baru golongan yang biasa-biasa. Yang ulama' pulak, bukan semua betul. Masalah sekarang ni orang islam akhir zaman yang islam hanya pada nama ni taknak ikut ulama' yang betul-betul nak menegakkan islam. Kenapa? Sebab diaorang taknak rasa susah. Rasa susah dalam menegakkan agama Allah S.W.T. atas muka bumi ni. Tapi still hidup menumpang kat bumi Allah. Makan rezeki yang Allah bagi, bernafas guna oksigen Allah,kaki, tangan, mata, badan, semuaaa Allah bagi pinjam. Tapi tak sedar diri. Kalau nak tahu siapa orang munafik, dia bila bercakap pasal islam dia memang hebat. Memang hero. Tapi bila diajak mengamalkan islam, dialah orang yang akan bagi tentangan. Dialah orang munafik. Dan orang munafik tempatnya di dasar neraka Allah. Nauzubillahi minzalik. Hmm

Selfish. Fikirkan diri sendiri je. Nak masuk syurga sorang-sorang. Sedangkan syurga Allah tu sangat luas. Bukan untuk dia sorang. Sebab tu kena belajar agama. Bukan akademik dunia je. Tak guna ada PhD sekalipun tapi basic knowledge dalam agama islam pun tak tahu. Ce pegi tanya kat mahasiswa-mahasiswa dan lecturer-lecturer depa sekali yang islam doa masuk tandas, majoriti tak tahu. Yang tahu  pun tak semua amalkan. Tu baru satu doa. Yang lain, doa melihat cermin, bangun tidur etc,etc.... Balik awal... Hmm

Basically, all we have to do is to learn about Fardhu Ain, Aqidah, Tauhid semua tu. Baru kita terasa diri kita ni hamba yang hina dina. Baru kita sedar nak tegakkan agama islam kat bumi ni. Baru mata hati kita celik siapa pemimpin yang wajib kita undi dan siapa yang wajib kita singkirkan. Bila kita berilmu, baru kita nampak semua tu. Hidup sebagai muslim tak cukup hanya dengan bangun pagi, semayang subuh kekadang awal kekadang gajah, kekadang tinggal terus, pegi kelas, makan tengahari, solat zohor, kelas lagi, balik kelas, asar, riadah, maghrib, isyak, online, tengok movie, assignment, penat then tidur. Cukup ke nak masuk syurga kalau esok mati dengan amalan soleh kita yang entah Allah terima ke tak tu? Hmm

Tak cukuppppp. Sebab tu lah aurat kena jaga betul-betul, Solat Dhuha kalau boleh, puasa sunat<--yang wajib pun nak next ramadan baru terhegeh-hegeh nak ganti , baca Al-Quran, time online tu baca la artikel-artikel pasal agama yang boleh mengingatkan kita kepada kematian ke, asalkan yang boleh menambah ilmu agama kita dan boleh mengubah diri kita menjadi insan yang lebih baik, sebelum tidur bacalah Al- Mulk, banyak fadhilatnya. Hmm

Nak belajar agama sekarang bukan susah macam dulu. Beli CD ceramah contohnya, then dengarlah. Klau takde duit, tengok ceramah kat youtube. Zaman sekarang ramai pendakwah yang bagus. Dr Zakir Naik ke, or kalau dalam Malaysia sendiri UAI ke, Ustaz Haslin, Ustaz Nazmi, Dr Maza, Dr Asri, Ustaz Syed Norhisyam, ramaiiiii. Bukan takde. Tapi kita tak. Kalau buka youtube entertainment je kita tahu. Kalau entertaniment yang dibolehkan syara' takpe la. Tapi tengok apa lagu-lagu yang kita suka dengar, video-video yang kita suka tengok. Nilailah semua tu mengingatkan kita kepada akhirat ke tak. Hmm

"Susahlah nak berubah, takut tak istiqamah, nanti apa pulak orang kata tetiba je nak dengar ceramah semua tu, panaslah pakai handsock, pakai stokin nanti orang kata ustazah, inner neck alahai panasnya. Kat Malaysia ni kan iklim tropika. Panas tahu tak"

Tahu. Tapi awak dan saya tahu bahawa kat neraka lagi panas. Kalau awak dah confirm awak akan sempat bertaubat sebelum awak mati, silakan dengan cara hidup awak yang sekarang. Tapi tak siapa pun yang tahu tarikh kematian dia. Bila-bila masa boleh mati. Tentang istiqamah, jangan takut, once kita terdetik dalam hati nak bertaubat drp dosa-dosa kita, nak jadi insan yang lebih bermanfaat, Allah akan mudahkan jalan kita. Percayalah. Yakinalh dengan Allah, bukan dengan manusia. Manusia suka menipu tapi Allah tak pernah menipu. Takkan dengan Tuhan sendiri awak tak yakin, ye dak? Memang kadang-kadang Allah akan uji kita dengan perkataan orang-orang di sekeliling kita, tapi semua tu untuk apa? Untuk mengajar kita jadi manusia yang tabah dah reda serta yakin ini semua ujian untuk kita. Allah akan uji setiap hambaNya yang beriman. Kalau uji kita, maksudnya Allah sayang kita la. Allah nak kita jadi hambaNya yang bersyukur. Semudah tu. Kalau kita yakin, mudah jalan kita ke syurga insyaAllah. Begitu juga sebaliknya. Hmm

Why do we have to care about what people say about us? Kenapa? depa semua seagama dengan kita kan. Bila kita berubah, doakanlah semoga kawan-kawan kita pun akan ikut jejak langkah kita dan jadi lebih baik drp kita. Nak berubah, kalau nak istiqamah, sikit-sikitlah. Jangan drastik sangat sebab bila kita dah penat, dah hilang semangat, kita akan futur. Kalau kita buat sikit-sikit, semua kebaikan tu akan jadi kebiasaan dalam hidup kita yang sangat susah untuk kita tinggalkan. Bila dah jadi rutin, kita akan selalu buat semua kebaikan tu dan once kita terskip mana-mana part, kita akan rasa hidup kita tak lengkap. Begitulah orang beriman. Dalam hatinya ada Allah. Ingatkan kehidupan akhirat yang kekal abadi. Hmm




Bila diri kita kita dah berjaya ubah, pemikiran kita pun akan berubah. Semoga Allah membuka jalan kepada kita untuk memilih pemimpin terbaik bila kita dah cukup umur nanti. Mulakan gerak gempur perubahan tu drp sekarang. Semoga mendapat petunjuk drp Allah. Wallahualam. InsyaAllah entry ni akan bersambung di part2 ^_^

No comments:

Post a Comment