~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Tuesday 24 April 2012

..FINAL OF THE FINAL..

assalamualaikum w.b.t.

final of the final? apa tu?
statement di atas merujuk kepada peperiksaan akhir kepada semester terakhir pelajar2 Asasi Sains Pertanian batch 7 UPM Serdang, Selangor,Malaysia.

menjelang peperiksaan yg akhir ini, macam2 lah ragam para pelajar.
ada yg study hard,

urghh, exam2!

ada yang relax je,

ala, exam kan lumrah hidup '==

ada yang study smart,



tak kurang juga yg makin pulun beribadah.




tapi, bagi saya, the best preparation to be done is to combine all those 3 (except yg relax tu).

WHY?

1. SEKARANG BUKAN MASA UNTUK RELAX!!
-mari berfikir, final exam ni akan menentukan CGPA kita samada makin bagus atau makin teruk. bagi yg ingin amik kos yg bagus2 utk degree nanti, inilah peluang terakhir kita utk baiki prestasi akademik kita. dan saya sgt pasti semua orang nak kos yg bagus, jadi SEMUA ORANG KENA BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH2!

2. OUR FUTURE IS IN OUR HANDS
-ya, masa depan kita ditentukan oleh kita. atau lebih tepat, oleh usaha kita. kata omputih, man proposes, God disposes. ya, memang betul, tapi kalau kita tak berusaha, macam mana Allah nak bagi apa yang kita nak? ibaratnya kita nak makan, tapi tak nak pegi beli? then, nak berdoa je ke makanan tu sampai kt kita? of course lah takkan sampai makanan tu. even kita nak mintak tolong orang belikan pon kita kena ada usaha untuk pergi cakap kat orang tu supaya tolong beli. mana ada benda yang senang kat dunia ni. semuanya perlukan usaha. kalau kita malas, macam mana kita nak berjaya?

3. HARAPAN MAK AYAH, KELUARGA, AGAMA, NUSA DAN BANGSA.
-kita dilahirkan ke dunia ni oleh mak kita. or some people call their mother as ibu, mama,ummi or lain2 panggilan. ada emak, maksudnya kita ada keluarga. bila ada keluarga, wujudlah harapan ahli keluarga kita terhadap kita. begitu juga masyarakat. bila kita masuk universiti, mesti mereka mengharapkan kita berjaya.

makcik jiran2 sebelah rumah,sekampung,setaman mesti nak tahu progress kita kat universiti. sebab tu bahan gosip mereka di kenduri2 kahwin. jadi,nak ke kita menconteng arang ke muka sendiri dengan keputusan peperiksaan kita yang teruk? atau kita nak melatih ibu2 kita menjadi penipu tegar dengan menipu jiran2 tetangga kita tentang keputusan peperiksaan kita? kasihanilah ibu2 kita.

kita masuk Asasi Sains Pertanian ni sebab kita nak balik kampung jadi petani kecil2 an ke?

of course not. 
kalau nak jadi petani pun, kita mesti nak jadi petani moden. yang gunakan teknologi tissue culture dan sebagainya. yang gunakan traktor instead of kerbau untuk membajak sawah. yg sekali harvest hasil tanaman kita dpt income beribu2 drp dpt ratusan ringgit sahaja. baru maju dan berjaya.

tak kurang jugak yg nak jadi pegawai pertanian, cikgu, pensyarah, doktor,jurutera. tapi kita malas.
okay,amik satu contoh. 

10 tahun akan datang.
situasi: membawa anak yg demam panas,suhu 39.8 darjah celsius ke hospital kerajaan tengah2 malam.

sampai, daftar,amik nombor dan tunggu giliran berjam2. bila dapat jumpa doktor, doktor tu nak taknak je check anak kita. check suhu,suluh mata,tulis kat transkripsi ubat tu, PARACETAMOL.dah. that's said. padahal dia tu doktor. memanglah dia penat. dah tu, sapa suruh dia nak jadi doktor? patutnya dia kenalah kerja betul2. barulah doktor. lagipon, kalau budak kecil demam panas kan berisiko kena sawan. kita dah risau tahap gaban dah tapi doktor tu relax je. doktor yang m***s.

saya bukan nak condemn doktor2 sedia ada atau bakal2 doktor, saya cuma ingin mencetuskan kesedaran dalam diri kita semua bahawa, kalau kita kekal dgn kemalasan kita sekarang, sampai kerja nanti jugak lah kita akan malas. unless kita kerja swasta. kat swasta, siapa malas,dia kena kick. then, nanti senang ke kita nak cari kerja baru?


kawan-kawan, 
stress kan kalau jumpa doktor yg malas? 

stress kan generasi anak-anak kita nanti kalau dapat cikgu yg malas?
-susah lah diaorang nak berjaya.

stress kan kalau pegawai pertanian malas?
-apalah akan jadi kt sektor pertanian malaysia nanti.

stress kan kalau menteri malas?
-macam mana lah masa depan malaysia nanti.

stress kan kalau engineer malas?
-tu yang bangunan asyik nak roboh je tu, kerja malas tapi untung nak banyak.

hurm,
jadi fikir-fikirkanlah ye. dunia ni semakin mencabar. semakin kita membesar, semakin banyak cabaran yang bakal kita tempuh. hidup kita tak senang macam masa tadika dah. banyak tanggungjawab kita kena pikul. laksanakanlah semua tanggungjawab tu sebaiknya ya :)

fikir-fikirkan lah :)

akhir kata, semoga kita semua berjaya. saya sayang kamu semua <3
wassalam.

No comments:

Post a Comment