~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Tuesday 2 October 2012

..DIA DATANG LAGI!..

Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera :)

Apakah yg datang lagi tu?
Jawapannya ialah peperiksaan.
Atau lebih tepat ialah Ujian 1 untuk semester 1, tahun 1.

Dan makanya subjek-subjeknya adalah seperti yg tertera:


Oleh disebabkan instructor Muzik Kompang tersebut amatlah skemanya dan minggu pertama aku tak menghadiri kuliah kerana ada aktiviti di kolej dan surat pengecualian belum diterima, maka aku dikira tak hadir pada minggu pertama. Hampeh '==

Rasanya tiada subjek yang senang pada semester ini. Daripada kompangnya, sains bahannya, kimianya, CPPnya dan juga MATEMATIK KEJURUTERAANnya, amatlah sukar kesemuanya itu. Hingga terasa ingin menangis meraung-raung dalam kelas matematik. Mujurlah ada rakan-rakan memberi sokongan moral dan curahan ilmu.

Dengan instructor kompang yang teramat mengikut protokol dari segenap aspek termasuklah pelantikan presiden dan jawatan-jawatan lain, buku log, sukatan pelajaran dan sebagainya hinggalah matematik yang tidak pernah gagal membuatku sakit kepala di hujung kelas matematik. Kimia Fizik dan Tak Organik. Dah ambil kan masa asasi. Buat apa nak ambil lagi. Kan? Dahla silibus masa asasi lagi detail drp yang belajar sekarang. Lab dan kuliahnya yang jauh drp kolej. Rasa malas sangat nak pergi kelas or lab kimia. Tapi demi ilmu, aku melangkah jua kakiku ke sana.

Kenapa?

Sebabnya ialah rasa macam perlu ambil. Sebab kos Kejuruteraan Kimia kan. Kalau subjek Pertanian tak apalah nak drop. Ini subjek sains. Haishhh, sayang nak drop.

CPP, Prinsip-prinsip Proses Kimia. "Subjek ni ramai senior yang repeat", kata senior-senior. Oh, bagaimanakah untukku memberi respon yang sepatutnya terhadap pernyataan itu? Maka aku berdiam diri, berazam untuk lulus dengan cemerlangnya dalam subjek yang tersebut itulah *broken malay.

"Awak jangan lupa, kat fakulti kejuruteraan ni, kalau gred C- dah dikira gagal", hatiku berbisik, meningatkanku tentang realiti yang sedang di hadapi dalam alam degree ini.

 "Kalau CPP insyaAllah boleh lulus, math mampu ke aku nak capai lebih baik drp C?", hatiku bertanya. Dengan basic math yang sangat goyah yang kubawa drp zaman asasi ke degree, silibus matematik yang sungguh panjang dan sudah pastinya SUKAR, aku terasa diri amat kerdil. Boleh ke nak score ni?
huhu nangis nangis ;(

Maka, kembalilah aku ke alam nyata, bangkit drp lena yang panjang dan mengasyikkan. Okay, mari kita belajar.

Come on, people. Let's fight! The exam is just around the corner!

BELAJAR, ATIKAH, BELAJAR! TEST 1 MINGGU DEPAN!!!
STUDY, ATIKAH, STUDY! NEXT WEEK IS YOUR TEST 1!!!


BELAJAR, KAWAN-KAWAN, BELAJAR! TEST 1 MINGGU DEPAN!!!
STUDY, FRIENDS, STUDY! NEXT WEEK IS OUR TEST 1!!!


Saya sudah bersedia mentally dan physically *yeke? err
Anda bagaimana? ;)



Saya harap ya. Mari bersedia. All the best :D
Wassalam :)

No comments:

Post a Comment