~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Sunday 28 October 2012

..BUNTU!..

Assalam people.
hi, hello :)

ohh, sesungguhnya aku dah buntu. Kerana satu isu yang sepatutnya boleh diselesaikan sekiranya Atikah ini dah cukup dewasa, matang dan berilmu untuk berfikir, menilai dan membuat keputusan. Tapi hal yang sebaliknya berlaku. Memang tiada sesiapa akan membaca entri ini, diri cukup maklum akan hal itu. Menulis sekadar melepaskan bebanan di kepala, bahu dan HATI.

Tak tahulah keputusan yang dah dibuat ni betul atau tak. Tak tahu patut teruskan atau menyesal, mohon maaf kepada dia dan berbaik semula.

BERBAIK?

Kami tak gaduh. Cuma Atikah ni yang tah hape hape. Eh, entahlahh. Diri sendiri pun tak tahu macam mana nak menilai diri sendiri. Apakah betul tindakan yang telah dibuat tu? Adakah dia terluka? Adakah hati ini merasa tenang setelah menyuarakan hal tersebut kepada dia?

Adakah?

Adakah?

Ya Allah, sesunggunhya Atikah ini dah buntu. Sangat buntu. Dah tak tahu nak buat apa. Berilah jalan penyelesaian terbaik kepada kami berdua Ya Allah. *sob sob

Aku tak mahu hilang keduanya. Tak mahu. Sayunya hati bila terkenang kembali apa yg aku dah buat. Kerana Atikah yang tak matang ni dah merosakkan semuanya. Nak kembali ke masa lepas, dah tak boleh. Alahai. Oh kekuatan, tolonglah datang kedalam jiwa ini. Terasa sangat lemah diri ini :'(

Nak faham diri sendiri pun tak mampu. Apatah lagi bila melibatkan orang lain. Jika dah tersurat bahawa Atikah ini akan sendirian hingga ke akhir hayatnya, diri ini pasrah kerana memang diri ini tak pandai menghargai apa yang ada di depan mata. Tak nampak, tak rasa, tak peduli. Memang Atikah ini begini.

Alahai. Biarlah hati ini menanggung segalanya. Natijah daripada perbuatan sendiri. Semoga ditabahkan hati.

Wassalam :( :) :'( :')

No comments:

Post a Comment