~this is my world, with my friends inside~

~this is my world, with my friends inside~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Tuesday 10 January 2012

KENAPA SAYA NAK BERUBAH?

kenapa? sebab itu memang lumrah hidup. fitrah manusia. semua orang pon berubah. cuma bezanya, ada yg ke arah kebaikan dan ada yg sebaliknya. tapi, perubahan yg saya maksudkan ialah ke arah kebaikan. kalau kat sekolah dulu, tiap2 hari dengar cikgu or ustaz2 bagi tazkirah jadikan hari ini lebih baik drp semalam.

tapi saya selalu tertanya2 dulu, apa maksud sebenarnya? nak berubah yg macam mana? bgun lebih awal drp semalam? kalau harini dah bgun pukul 5.30. then esok lusa makin awal? lepas sebulan nak bgun pukul berapa?  4? mungkin ke? ke kena praktikkan amalan bagi salam kat kawan2,okay harini bagi salam kt kawan2 dgn cikgu2,then esok lusa bila semua orang pon dah di bagi salam, nak bagi salam kat sape lagi?

okay,cukuplah tu kot for introduction. dah lama saya nak berubah ni, bukan baru 5 minit tadi. dah bertahun2. tapi x pernah istiqamah. tahan 2,3 hari je. masuk hari ke-4, kecundang. punca? x kuat iman.

okay, sebab pertama ialah semua orang akan mati dan saya takut kalau mati tiba2. tudung x berapa nak labuh, baju x berapa nka besar, stokin x berapa nak panjang, itu pon bukan selalu pakai, semayang pon x berapa nak khusyuk. asyik dok pikir ke benda lain je. lagi satu, asyik dok gelisah dgn hidup seolah2 allah ni xada utk menolong hamba-Nya. kalo bab muzik lagi lah, lagu kpopp lagi suka didengar drp zikir2 munajat walaupon xpaham kebenda diaorg dok nyanyi tu.

okay, bila caka pasal mati ni, macam2 reaksi orang. yg paling common dgn kita semua ada 2. pertama, takut. kedua, cool je. ala,lumrah hidup (kata mereka). golongan pertama dan kedua ni sama je. dua kali lima. kenapa? yg pertama tu, time cakap pasal mati dia tajut la, tapi bila tetiba dpt sms drp boifren dia lupa la. dok sibuk borak panjang. lupa dah pasal mati. yg kedua pulak, dia memang cool je bila ckp pasal ni tapi dia tu dah ready ke nak mati sebenarnye? saya tak kata apa2, tepuk dada, tanya iman anda.

drp sebab pertama ni, muncullah sebab kedua. saya nak jadi wanita solehah. tapi saya sgt takut. tahu apa yg saya takutkan? anda semua. kawan2 saya yg selalu di sekeliling saya. tahu apa yg saya takut sgt kat anda semua? persepsi anda terhadap saya. iman saya ni taklah teguh seteguh karang di dasar lautan nun, tapi sgt lemah. goyah segoyah rumah usang menunggu masa je nak roboh.

nak dijadikan cerita, saya ni bukan org baik. saya ni jahat. saya sekolah kat sekolah berasrama sejak tingkatan 1 sampai 5. ting 1, baik lagi. 2, jahat sikit. 3, taubat,nak pmr kan. masuk ting 4, saya pindah sekolah. mula2 baik,lama2 jahat sikit. masuk ting 5, saya sgt jahat. masuk u, lagi lah. rasa macam dah sesat pon ada. kenapa masa ting 5 saya jahat? sebab masa itulah saya mengenepikan cinta saya kepada Allah kerana seorang lelaki. lelaki yg sangat saya cintai. bukan sikit sayang dan kasih saya terhadap dia, tapi terlalu lah dalam.

dia sgt baik pada mulanya, dan saya sgt yakin bahawa kami takkan terpisah. kami memang ditakdirkan untuk bersama. tapi bila dah lama2, dia sgt berubah. perubahan yg macam mana tu biarlah saya je yg tahu. sampai satu tahap, saya dah sgt xtahan sampai saya buat satu keputusan. bukan senyuman dan gelak tawa yg menemani hidup saya selepas detik itu, tapi air mata dan penyesalan.

9 jun 2011, kami berpisah. kenapa? sebab saya xtahan dgn sikap dia.hidup saya sgt x teratur lepas tu. tiap2 hari menangis bila teringat dia.cuma ada dua perkara dlm fikiran masa tu, minta maaf kat dia dan berbaik dgn dia atau teruskan hidup tanpa dia.setelah saya sedar yg x ada tanda2 yg kami akan berbaik semula, saya mula terfikir utk bunuh diri. biar dia tahu betapa dalamnya cinta saya terhadap dia. biar dia tahu saya x mampu hidup tanpa dia. kesudahannya? mati tapi bikan sebagai seorang islam. tapi saya x peduli.

nasib baiklah Allah masih mengingati dan menyayangi saya. Allah hantar saya keluarga ,kawan2 dan guru2 yg sgt supportive di saat saya menghadapi waktu sukar. Alhamdulillah, nikmat Allah yg bernama IMAN masih tersisa dalam sanubari saya ini. saya teruskan jugak hidup walaupun pedih. tersangat pedih. kalau nak dikira dah berapa titis air mata ni ditumpahkan kerana seornag lelaki, rasanya dah x terkira. dah terlalu banyak.

tiap2 malam saya menangis kerana dia. tiap2 hari saya menunggu panggilan atau sms dia. memang macam orang gila masa tu. saya sgt terkesan dgn perpisahan ini.saya berusaha sikit utk berubah selepas ketiadaan dia tapi saya x dapat mengawal diri drp stalk facebook dia. saya dpt tahu dia rapat dgn seorang perempuan. saya sgt sedih. seolah2 dunia ni ah gelap. tiada sinar lansung. depan kawan2, saya berusaha sembunyikan perasaan saya, tapi bila malam menjelma, saya menangis lagi.

sampailah saya x tahan.saya cerita pada kawan saya. alhamdulillah, dia sgt memahami dan memberi saya nasihat yg sgt berguna. suatu hari, saya dpt sms drp dia, lelaki yg sgt saya sayangi .dia seolah2 meminta utk kembali pada saya. saya sgt keliru. tiba2, ada seorang kawan saya membantah jika saya mahu nerbaik dgn dia kerana dia tidak serius. bukti yg kawan saya yunjukkan membuat air mata saya tumpah lagi. saya sgt sedih, saya tewas dlm merebut cinta saya sendiri.

saya mula nekad utk melupakan dia, untuk kembali menjadi Atikah yg dahulu. yg mencintai hanya Allah S.W.T. penciptanya yg layak dicintai. bukan makhluk yg bukan mahram baginya. alhamdulillah, Allah memberi saya petanda melaui mimpi2 dan peristiwa2 yg berlaku di sekeliling saya. peristiwa kematian datuk saya dgt memberi kesan dlm diri saya. saya terfikir, bagaimanalah nasib saya sapabila menghadapi kematian kelak? mati dalam khusnul khatimah kah? saya bermimpi didatangi rakan yg bertanya perihal aurat. saya sgt lancar menerangkan kepadanya tentang aurat2 wanita sedangkan saya sendiri tidak menutupnya dengan sempurna di dunia nyata.

baru saya sedar, saya masih disayangi. Allah ambil seuatu yg indah drp kita utk diganti dgn sesuatu yg lebih indah.Allah menyelamatkan saya drp cinta manusia yg melalaikan utk saya mencintai Dia lebih drp segala2 nya. kini saya mendapat tahu bahawa dia pon dlm usaha utk berubah. Alahmdulillah :). saya akan terus mendoakan dia dan semua saudara seislam saya yg memang nak berunah tapi tajut dgn dugaan dunia.

bismillahirrahmanirrahim
ya Allah, tuhan maha penerima taubat
jika telah Kau takdirkan jalan hidup kami penuh berliku,
kurniakan lah kami kekuatan utk mengharunginya.
jika telah Kau takdirkan kami menjadi bahan cacian di dunia,
kukuhkan iman kami dgn meyakinkan kami akan pembalasan di syurga kelak.
andai telah tersurat kami dikurniakan hati yg sering berbolak bailk,
maka kurniakan lah ketetapan hati ke[ada kami
sesungguhnya kami adalah hamba2 Mu yg menadah tgn memohn keampunan-Mu
ampunilah dosa2 kami,
lembutkanlah hati2 kami,
kurniakan lah ketenangan hati kepada kami di dunia,
matikanlah kami dalam iman, jgnlah Kau matikan kami dalam kekufuran,
jgnlah Kau matikan kami dalam kemaksiatan
selamatkanlah orang2 yg kami kasihi di dunia ini,
tempatkan kami ke dalam syurga-Mu
tabahkan hati kami dala berjuang menegakkan agama-Mu Ya Allah
Amin ya rabbal alamin.

kawan2, hidaya itu milk Allah. mintalah drp-Nya dan berusahalah ke arahna nescaya urusan kita dipermudahkan.

jika engkau mencintai bunga
bunga itu akan layu
jika kau cintakan manusia
manusia itu akan mati
jika engkau mencintai harta
harta itu akan kau tinggalkan
jika engkau mencintai Allah
cinta itulah yg akan kekal abadi
cintailah ilahi

"apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat 5 waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya diaakan memasuki syurga tuhannya"

hadis riwayat Ahmad

akhir kalam, CANTIK IALAH BUNGA YG TERTUTUP.
kawan2, jom tutup aurat ;)

5 comments:

  1. panjangnye..nk bace pon malaz,,tp mcm bez je,,ce sinopsiskan,,cite kat atas nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala,bace laa. kalo x habis harini, sambung la esok lusa yeee..

      Delete
  2. masyaAllah..pengakuan dan luahan hati yang sangat ikhlas, ikhlas utk berubah ke arah kebaikan..i'm touched by your story. Atikah, Allah will always be by your side, and He love those who are changing to be a better muslim..-Nisa Azman

    ReplyDelete
  3. I know it is hard to change,but Don't worry about friends around you.Mula-mula mungkin mereka tidak biasa dgn perubahan mu,tapi takpa..teruskan,insyaAllah mereka juga akan mengikut jejak langkah mu untuk berubah ke arah kebaikan,sooner or later.. untuk Allah, untuk Islam.=) good luck my dear friend, I am willing to help if u need one.

    ReplyDelete